Anda mahu …
- Kelebihan untuk kerjaya anda: mendapatkan penilaian realistik tahap kemahiran bahasa / mendapatkan satu penilaian bagi latihan atau kursus lanjutan yang bersesuaian?
- Sebagai syarikat: semak kemahiran bahasa dalam kalangan pemohon dan pekerja atau menilai kejayaan latihan lanjutan sebagai penilaian asas yang sah untuk latihan selanjutnya?
Ujian Goethe-Test PRO – Semudah dalam masa 60 minit!
Sama ada untuk tujuan kerjaya peribadi atau sebagai nilai daya saing syarikat: Kejayaan tidak hadir secara kebetulan. Kejayaan adalah hasil daripada kepercayaan. Dan kepercayaan hadir daripada bicara bahasa yang sama. Soalnya ialah: Sejauh manakah kemahiran bahasa Jerman anda? Apakah tahap kemahiran bahasa Jerman para pekerja sedia ada atau prospek akan datang?
Goethe-Test PRO: Deutsch für den Beruf jawapannya. Ujian bahasa Jerman kami berasaskan komputer yang pantas dan boleh dipercayai ini dapat menentukan tahap kemahiran mendengar dan membaca di tempat kerja.
Bersifat individu dan bernilai
Goethe-Test PRO menggunakan teknologi terkini bagi menilai keupayaan bahasa individu dalam jangka masa 60-90 minit. Kesemua peserta ujian menjalani ujian pada tahap yang sama. Sewaktu ujian berlangsung, program akan memilih soalan seterusnya berpandukan jawapan yang diberikan sebelumnya, sekaligus memungkinkan tahap kepayahan ditentukan secara automatik berdasarkan tahap bahasa Jerman anda. Cara ini dapat menghindari kesalahan, selain hasil ujian dan laporan tersedia sebaik selesai menjalani ujian. Ini menentukan keperluan bagi latihan tambahan.
Goethe-Test PRO ialah ujian yang fleksibel dan boleh dijalankan di seluruh dunia sama ada di pusat peperiksaan kami atau juga di premis anda. Ujian ini menggunakan Khidmat Ujian Bahasa Perniagaan (BULATS) yang berdasarkan kepada Kerangka Rujukan Kesepakatan Eropah untuk Bahasa (CEFR).
Slot peperiksaan
*) Harga potongan yang dipaparkan hanya layak sekiranya anda telah mengikuti kursus bahasa Jerman di Goethe-Institut, pada kadar masa tidak melebihi enam bulan. Tempoh masa enam bulan meliputi masa tamat kursus dan juga peperiksaan bahasa Jerman. Harga berubah secara automatik ketika proses tempahan. Sekiranya gagal, sila hubungi pejabat bahasa.
Dapatkan khidmat kami
Anda mahukan kepastian berhubung tahap kemahiran bahasa Jerman anda atau mungkin juga kakitangan anda? Jika begitu sila hubungi kami dengan segera! Kami sedia merekakan untuk anda kursus yang tidak membebankan serta dalam masa yang sama menyediakan kursus persediaan dan juga pelaksanaan ujian.
Kami sedia memberikan khidmat nasihat tentang latihan dan kursus bahasa Jerman yang sesuai untuk syarikat.
Versi-demo
Dapatkan paparan ini secara percuma
Hubungi
Sila hubungi kami untuk sebarang maklumat lanjut dan program yang kami tawarkan di:
exams-kl@goethe.de