Dengan lulus ujian ini, menunjukkan bahawa anda ...
- boleh memahami dengan mudah segala yang anda baca atau dengar dalam bahasa Jerman;
- boleh merumuskan maklumat daripada sumber bertulis dan juga sumber lisan yang saling berbeza, selain memberikan alasan dan penjelasan dalam pembentangan yang koheren;
- boleh mengekspresikan diri anda secara spontan, lancar dan tepat serta membuat nuansa makna yang jauh lebih halus jelas dalam situasi yang lebih kompleks.
Goethe-Zertifikat C2: Großes Deutsches Sprachdiplom memberikan pelajar asing akses untuk ke universiti dan institusi pengajian Jerman dan di kebanyakan tempat berfungsi sebagai bukti kecekapan bahasa untuk mengajar bahasa Jerman.
Negeri-negeri Jerman mengiktiraf peperiksaan tersebut sebagai bukti kecekapan bahasa bagi kelayakan mengajar. Maklumat mengenai perkara ini boleh diperoleh daripada badan-badan perakuan di negara masing-masing, seperti Kementerian Kebudayaan, pendidikan atau pelajaran, maktab latihan perguruan, pejabat daerah atau senat.
Mulai 1 Januari 2012, Goethe-Zertifikat C2: Großes Deutsches Sprachdiplom menggantikan 3 peperiksaan Goethe yang sebelumnya : Zentrale Oberstufenprüfung (ZOP), Kleines Deutsches Sprachdiplom (KDS) dan Großes Deutsches Sprachdiplom (GDS).