Standard kualiti

Qualität Deutschprüfungen Foto: Goethe-Institut/ Sonja Tobias

Kualiti. Janji yang kami pegang erat

Tuntutan teknikal terhadap peperiksaan bahasa asing adalah tinggi. Dengan namanya, pengurusan kualiti dan pengalaman bertahun-tahun, Goethe-Institut memastikan keperluan ini dipenuhi.

Pakar yang mempunyai pengalaman mengajar dan memeriksa membangunkan soalan ujian. Penyuntingan terakhir berlaku di ibu pejabat di Munich. Bahan peperiksaan diuji dalam keadaan peperiksaan dan keputusan dinilai secara kualitatif dan kuantitatif. Para pemeriksa yang terlatih menerima latihan sebagai pemeriksa dalam seminar yang dilaksanakan di dalam dan luar pusat.

Bagaimana anda boleh mengenal pasti kualiti yang baik:

Adil dan Telus

Peperiksaan haruslah dijalankan secara seadil dan setelus mungkin tanpa mengira jantina, latar etnik atau juga sebarang kekurangan.

Keabsahan

Untuk peperiksaan bahasa, kemahiran bahasa yang menjadi penentu dan tidak sesekali berkenaan tentang kebolehan konsentrasi, kebijaksanaan atau pengetahuan am.

Boleh dipercayai

Dengan pelaksanaan dua orang pemeriksa bagi penilaian peperiksaan maka kami dapat mencapai tahap kebolehpercayaan yang tinggi.

Praktikal

Kami sentiasa berusaha untuk mengoptimumkan peperiksaan kami: tempoh peperiksaan, penggunaan teknologi moden dan juga prasyarat umum.

Kriteria Kualiti yang seragam:

Sebagai ahli pengasas Persatuan Penguji Bahasa di Eropah (ALTE), kami sentiasa komited terhadap pembangunan dan pelaksanaan piawaian kualiti.
 
ALTE telah menetapkan matlamat berikut:
  • penyeragaman tahap untuk menggalakkan pengiktirafan antarabangsa bagi sijil bahasa di Eropah.
  • penyeragaman kriteria bagi kualiti untuk semua fasa pelaksanaan dan pembangunan peperiksaan, iaitu: penciptaan ujian, pelaksanaan peperiksaan, pemarkahan, pensijilan, penilaian dan juga penyimpanan data;
  • Kerjasama bagi projek bersama dan pertukaran daripada segi pengalaman serta kepakaran.
Pada tahun 2003 ALTE telah diterima masuk ke Majlis Eropah sebagai sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan seterusnya bertanggungjawab bagi khidmat nasihat untuk topik seperti penilaian prestasi dan pensijilan. Pada tahun 2006 ALTE juga telah menerima status sebagai sebuah institusi penasihat di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.