Goethe-Zertifikat A1: Start Deutsch 1

Seorang wanita berkaca mata Foto: istockphoto

Anda mahu ...

  • memohon bagi menyertai program Au-pair di Jerman,
  • mendapatkan pengesahan bahasa bagi tujuan visa pasangan suami isteri,
  • mengesahkan kejayaan pembelajaran tahap A1,
  • mendapatkan sijil perakuan rasmi dan diterima pakai antarabangsa?

Goethe-Zertifikat A1: Start Deutsch 1 ialah peperiksaan bahasa Jerman untuk dewasa. Peperiksaan ini mengesahkan tahap asas pengetahuan bahasa dan tergolong sebagai peringkat pertama (A1) daripada enam skala kemahiran berpandukan Kerangka Rujukan Kesepakatan Eropah untuk Bahasa (CEFR).

Dengan lulus ujian ini, menunjukkan bahawa anda ...

  • boleh berkomunikasi secara ringkas sekiranya rakan bual anda berbicara secara perlahan dan jelas;
  • boleh memahami ujaran harian yang lazim digunakan dan ayat ringkas sebagai contoh maklumat berkenaan tentang diri sendiri, keluarga, membeli belah, pekerjaan dan juga hal-hal persekitaran;
  • boleh memperkenalkan diri sendiri dan orang lain serta bertanyakan soalan tentang orang lain, sebagaii contoh, di mana mereka tinggal, siapa yang mereka kenal atau barang yang dimiliki.

*) Harga potongan yang dipaparkan hanya layak sekiranya anda telah mengikuti kursus bahasa Jerman di Goethe-Institut, pada kadar masa tidak melebihi enam bulan. Tempoh masa enam bulan meliputi masa tamat kursus dan juga peperiksaan bahasa Jerman. Harga berubah secara automatik ketika proses tempahan. Sekiranya gagal, sila hubungi pejabat bahasa.

Persediaan

Bahan-bahan latihan

Di sini anda boleh dapati model soalan ujian dan latihan secara atas talian, tanpa had dan juga interaktif.

Maklumat lanjut

Di sini anda boleh dapati maklumat lanjut tentang syarat-syarat, kandungan ujian dan maklumat lanjut tentang Goethe-Zertifikat A1: Start Deutsch 1: