Goethe-Zertifikat B1

Seorang lelaki mengangkat jari telunjuknya. Foto: Getty Images/DexImage

Anda mahu…

  • mengikuti program Studienkolleg di Jerman,
  • menetap dan bekerja di Jerman,
  • mengesahkan kejayaan pembelajaran tahap B1,
  • mendapatkan sijil perakuan rasmi dan diterima pakai antarabangsa?

Goethe-Zertifikat B1 ialah peperiksaan bahasa Jerman untuk remaja dan dewasa. Peperiksaan ini mengesahkan keupayaan penggunaan bahasa secara bebas dan tergolong sebagai peringkat ketiga (B1) daripada enam skala kemahiran berpandukan Kerangka Rujukan Kesepakatan Eropah untuk Bahasa (CEFR).

Dengan lulus ujian ini, menunjukkan bahawa anda ...

  • boleh memahami maklumat utama apabila bahasa standard yang jelas digunakan dan ia mengenai perkara biasa seperti hal seharian seperti tempat kerja, sekolah atau masa lapang;
  • boleh menangani kebanyakan situasi yang dihadapi semasa melancong di negara berbahasa Jerman;
  • boleh menyatakan secara ringkas dan saling berkesinambungan tentang topik lazim dan juga minat anda secara peribadi;
  • boleh menyatakan pengalaman dan peristiwa serta menerangkan impian, harapan dan matlamat selain memberikan alasan atau penjelasan ringkas.

*) Harga potongan yang dipaparkan hanya layak sekiranya anda telah mengikuti kursus bahasa Jerman di Goethe-Institut, pada kadar masa tidak melebihi enam bulan. Tempoh masa enam bulan meliputi masa tamat kursus dan juga peperiksaan bahasa Jerman. Harga berubah secara automatik ketika proses tempahan. Sekiranya gagal, sila hubungi pejabat bahasa.

Persediaan

Bahan-bahan latihan

Di sini anda boleh dapati model soalan ujian dan latihan secara atas talian, tanpa had dan juga interaktif.

Maklumat lanjut

Di sini anda boleh dapati maklumat lanjut tentang syarat-syarat, kandungan ujian dan maklumat lanjut tentang Goethe-Zertifikat B1.