Kursus bahasa Jerman dengan komponen dalam talian

DI MALAYSIA

Belajar bahasa Jerman bersama-sama – kelas berkumpulan mingguan pada hari Sabtu, dilengkapi dengan pembelajaran individu.

Pilih kursus
  • 50% dalam kelas
  • 50% dalam aplikasi dalam talian
  • kira-kira 10 minggu untuk setiap sub-tahap
  • Pengambilan: Setiap 3 bulan

Illustration: Klassenzimmer, junger Mann sitzt am Tisch, Laptop und Tasse stehen auf dem Tisch.

Masa yang singkat, tetapi matlamat yang besar?

Adakah anda gemar belajar dalam suasana berkumpulan tetapi juga suka meneroka perkara baharu secara bebas?

Belajar secara bersemuka di institut setiap hari Sabtu dan teruskan pembelajaran anda dengan mudah dalam talian sepanjang minggu. Format fleksibel ini membantu anda kekal di landasan yang betul, membina keyakinan dan mendapat manfaat daripada semua kelebihan peribadi, profesional dan budaya dalam mempelajari bahasa Jerman.

Kursus bahasa Jerman kami dengan komponen dalam talian menawarkan yang terbaik daripada kedua-dua dunia. Dengan menggunakan platform pembelajaran kami, anda boleh membuat persediaan untuk kelas secara individu, bila-bila masa dan di mana sahaja. Ini memberikan masa maksimum untuk komunikasi dalam kumpulan.

  • Tahap
    A1.1, A1.2, A2.1, A2.2, B1.1, B1.2, B1.3, B2.1, B2.2 & B2.3

  • Mula
    Setiap 3 bulan

  • Tempoh
    Kira-kira 10 minggu setiap sub-tahap

  • Harga
    MYR 1880.00 setiap sub tahap (tanpa yuran buku teks & peperiksaan)

Die nächsten Kurstermine

Buat masa ini tidak terdapat sebarang pengambilan

  • Tahap A1-C2

    Kami menawarkan kursus Bahasa Jerman di semua peringkat Kerangka Rujukan Bahasa Eropah Bersama (CEFR).

  • Tempah ujian penilaian

    Apakah tahap yang sesuai untuk anda? Sebagai pemula, sila tempah kursus A1.1. Sekiranya tidak pasti, anda boleh menempahi ujian penilaian.

Pertanyaan lanjut? Hubungi kami.

Ada pertanyaan? Isnin-Jumaat 10 pagi-4 petang

Ikuti kami