Goethe-Zertifikat A2
Goethe-Zertifikat A2 ialah peperiksaan bahasa Jerman untuk dewasa. Peperiksaan ini mengesahkan tahap asas pengetahuan bahasa dan tergolong sebagai peringkat kedua (A2) daripada enam skala kemahiran berpandukan Kerangka Rujukan Kesepakatan Eropah untuk Bahasa (CEFR).
Dengan lulus ujian ini, menunjukkan bahawa anda ...
- boleh memahami dan menggunakan ayat serta ungkapan lazim yang digunakan dalam situasi harian;
- dapat berkomunikasi dalam situasi mudah, bersifat rutin, yang melibatkan pertukaran maklumat mengenai topik-topik lazim dan hal-hal semasa;
- boleh menggunakan cara mudah untuk menerangkan latar belakang dan pendidikan sendiri, persekitaran terdekat dan perkara yang berkaitan dengan keperluan segera.
![]() |
*) Harga potongan yang dipaparkan hanya layak sekiranya anda telah mengikuti kursus bahasa Jerman di Goethe-Institut, pada kadar masa tidak melebihi enam bulan. Tempoh masa enam bulan meliputi masa tamat kursus dan juga peperiksaan bahasa Jerman. Harga berubah secara automatik ketika proses tempahan. Sekiranya gagal, sila hubungi pejabat bahasa.