Soalan-soalan lazim
Peperiksaan bahasa Jerman Goethe-Institut ini terbuka untuk sesiapa yang berminat mendudukinya tanpa perlu memiliki kerakyatan Jerman. Peperiksaan bahasa ini direka khas sebagai pengesahan kemahiran bahasa Jerman sebagai bahasa asing dan bahasa kedua. Syarat usia minimum disyorkan bagi menduduki peperiksaan.
Pusat peperiksaan kami sentiasa berusaha memenuhi keperluan calon peperiksaan yang memerlukan keperluan khas (sebagai contoh sakit kronik, mempunyai kecacatan penglihatan atau pendengaran). Oleh itu jenis dan tahap keperluan tersebut mestilah dinyatakan secara jelas sewaktu pendaftaran peperiksaan serta disokong oleh dokumen perubatan. Pusat peperiksaan komited melindungi kerahsiaan calon peperiksaan.
Anda boleh mendapatkan maklumat terperinci daripada pusat peperiksaan, di mana anda berhasrat menduduki peperiksaan di pusat tersebut.

Anda dibenarkan meninggalkan bilik peperiksaan bagi tempoh masa tertentu (contohnya untuk ke tandas). Ini dinyatakan di dalam Protokol Pelaksanaan Peperiksaan, iaitu bagaimana peperiksaan tersebut dijalankan.
Klasifikasi persijilan Goethe-Zertifikate A1 hingga C2 adalah sepadan dengan Kerangka Rujukan Kebersamaan Eropah untuk Bahasa (CEFR). Untuk maklumat lanjut, sila lihat:
Kerangka Rujukan Kebersamaan Eropah untuk Bahasa (CEFR)

Pengesahan semata-mata, seperti penyertaan kursus, ujian penilaian, bagi sesebuah peperiksaan atau mana-mana seumpamanya, adalah tidak memadai.
Hanya keputusan peperiksaan dengan kelulusan bagi peperiksaan – Goethe Zertifikat A1 hingga C2 atau seumpamanya, das Kleine atau Große Deutsche Sprachdiplom – diperakukan sah dan diperakui di serata dunia sebagai bukti pengesahan kemahiran bahasa Jerman sebagai bahasa asing.

Peperiksaan seperti Goethe-Zertifikat C2: Großes Deutsches Sprachdiplom, Zentrale Oberstufenprüfung, Kleines Deutsches Sprachdiplom dan Großes Deutsches Sprachdiplom adalah bukti kelayakan aspek bahasa yang diiktiraf bagi melanjutkan pengajian di universiti Jerman serta dikecualikan daripada menduduki peperiksaan TestDaf atau apa juga peperiksaan universiti lain yang berkaitan dengan DSH.
Bagi maklumat lanjut berkenaan syarat kemahiran bahasa Jerman untuk universiti pilihan anda, atau berkaitan dengan kursus atau subjek, sila hubungi pihak universiti di mana anda bercadang untuk melanjutkan pengajian atau menjalankan kajian di www.sprachnachweis.de.

Bagi kesemua peperiksaan bahasa Goethe-Institut, penilaian bagi prestasi peperiksaan bertulis adalah dikawal selia semenjak 2006. Asas bagi penilaian ini berdasarkan kepada DUDEN. Die deutsche Rechtschreibung (sehingga edisi ke.24 2006) dan WAHRIG. Die deutsche Rechtschreibung (bermula 2006).
Anda boleh rujuk tatacara ejaan yang terkini yang diterima pakai di:

Prose pembelajaran ialah proses yang bersifat individual. Jumlah masa yang diperlukan oleh seseorang individu bergantung kepada pelbagai faktor seperti komitmen, masa pembelajaran serta menjalankan sebarang ulangkaji tambahan.
Apabila anda mempelajari satu atau lebih bahasa, anda akan lebih cepat mempelajari bahasa Jerman. Selain itu, anda juga harus mengambil kira sama ada anda mengikuti kursus bahasa di negara anda atau di Jerman, di mana anda berpeluang mendengar dan bertutur bahasa Jerman di luar waktu pembelajaran.
Tahap kekerapan pembelajaran (kelas intensif, kelas malam atau seumpamanya) adalah penting. Sila hubungi pusat peperiksaan bagi menentukan pilihan kursus anda dan dapatkan khidmat nasihat.

Anda akan dapati bahan latihan dan maklumat peperiksaan berkaitan:
- Bahan latihan secara online
- Bahan latihan untuk dimuat turun
- Bahan latihan untuk pesanan
- Peraturan peperiksaan dan tatacara pelaksanaan.
Bagi sesetengah peperiksaan terdapat bahan pembelajaran bagi jarak jauh dan kursus secara online.
Anda boleh menduduki peperiksaan secara keseluruhannya, sekerap yang anda kehendaki. Bagi pengulangan untuk modul tertentu, ia dikawal selia menurut tatacara pelaksanaan peperiksaan.
Goethe-Zertifikat A1: Fit in Deutsch 1
Peperiksaan itu dikira lulus dengan sekurang-kuranngnya mencapai 30 markah (50% daripada jumlah markah maksimum) dan kesemua bahagian peperiksaan telah diduduki.
Goethe-Zertifikat A1: Start Deutsch 1
Peperiksaan itu dikira lulus dengan sekurang-kurangnya mencapai 60 markah (60% daripada jumlah markah maksimum) dan kesemua bahagian peperiksaan telah diduduki.
Goethe-Zertifikat A2
Goethe-Zertifikat A2: Fit in Deutsch
Peperiksaan itu dikira lulus dengan sekurang-kurangnya mencapai 60 markah (60% daripada jumlah markah maksimum) dan kesemua bahagian peperiksaan telah diduduki. Selanjutnya calon mesti mencapai sekurang-kurangnya 45 markah bagi ujian bertulis dan sekurang-kurangnya 15 markah bagi ujian lisan. Sekiranya tidak maka calon dikira gagal bagi keseluruhan peperiksaan.
Goethe-Zertifikate B1, B2, C, C2
Sesebuah modul itu dikira lulus, sekiranya calon mencapai sekurang-kurangnya 60 markah atau 60 % daripada jumlah markah keseluruhan.
Klik maklumat berkaitan peperiksaan untuk mendapatkan maklumat lanjut berkaitan persijilan Goethe-Zertifikate.

Persijilan bagi peperiksaan bahasa Jerman merangkumi tahap A1 sehingga C2 Goethe-Zertifikate dikira sah tanpa sebarang had masa.
Walau bagaimanapun, kebanyakan institusi dan majikan memerlukan sijil yang berusia tidak melebihi dua tahun.
Sijil-sijil peperiksaan seperti Zentrale Oberstufenprüfung (ZOP), das Kleine Deutsche Sprachdiplom (KDS) dan juga das Große Deutsche Sprachdiplom (GDS) kekal diterima setelah pengenalan peperiksaan Goethe-Zertifikats C2: Großes Deutsches Sprachdiplom dan ia dikira sah dan setaraf dengan tahap C2 bermula dari 01.01.2012.

Pada dasarnya tiada salinan pendua akan dikeluarkan.
Sekiranya peperiksaan tersebut telah diduduki tidak lebih daripada tempoh sepuluh tahun, maka pusat peperiksaan, di mana anda telah menduduki peperiksaan tersebut, boleh mengeluarkan sijil gantian dengan bayaran.

Tidak ada sebarang sijil atau penggantian sijil akan dikeluarkan bagi penukaran nama yang disebabkan contohnya perkahwinan, adopsi, perceraian atau seumpamanya)
Sebarang bukti perubahan nama boleh dikemukakan dengan dokumen rasmi yang sepadan (sijil kelahiran, sijil nikah atau yang seumpama) atau dengan salinan yang telah disahkan.
Nama atau ejaan nama yang direkodkan di pusat peperiksaan adalah berdasarkan dokumen pengenalan diri bergambar yang rasmi ketika calon mendaftar di pusat peperiksaan. Maklumat pada sijil peperiksaan akan dikeluarkan berdasarkan maklumat yang tertera pada dokumen tersebut.

Anda boleh mendapatkan terjemahan rasmi daripada penterjemah yang diiktiraf atau agensi terjemahan yang bertauliah.
Syarat bagi menduduki peperiksaan tidak tertakluk kepada sebarang penyertaan kursus bahasa atau kursus persediaan peperiksaan bagi memperolehi persijilan pada tahap yang lebih rendah.
Kami mengesyorkan anda mengikuti kursus persediaan peperiksaan di pusat peperiksaan kami. Anda akan mempelajari kemahiran spesifik yang diperlukan bagi peperiksaan, supaya anda lebih bersedia dan mudah bagi menduduki peperiksaan.
Sila hubungi pusat peperiksaan pilihan anda dan dapatkan khidmat nasihat.

Sekiranya anda telah menduduki peperiksaan di Goethe-Institut dan tidak mendapat sebarang keputusan peperiksaan anda, maka anda boleh mendapatkan keputusan peperiksaan anda diMein Goethe.de.
Bantuan bagi pendaftaran di Mein Goethe.de:
Bantuan bagi mendapatkan keputusan peperiksaan:
Bagi sebarang pertanyaan sila hubungi pihak Goethe-Institut.
Sekiranya anda telah menduduki peperiksaan di pusat peperiksaan rakan usahasama Goethe-Institut, sila hubungi pusat tersebut.

© Goethe-Institut

Bagi tujuan pengajian misalnya, anda boleh mendapatkan pengesahan sijil anda daripada pihak berkuasa (mahkamah, kementerian, sekolah, bank atau yang seumpama). Majikan lazimnya memerlukan pengesahan daripada sebuah firma guaman.