TestDaF

Dua pelajar remaja duduk berdekatan komputer riba Foto: Goethe-Institut/Sonja Tobias

Anda mahu …

  • belajar, melakukan penyelidikan atau bekerja di Jerman,
  • menduduki ujian bahasa, yang mana ia diiktiraf oleh semua universiti di Jerman,
  • meyakinkan institusi penyelidikan serta majikan tentang kemahiran bahasa Jerman anda?

TestDaF ialah peperiksaan bahasa bagi tahap tinggi. Ia meliputi tahap kemahiran bahasa B2 dan C1 iaitu berpandukan kepada enam skala kemahiran Kerangka Rujukan Kesepakatan Eropah untuk Bahasa (CEFR).

Sekiranya anda berjaya memperoleh skor 4 bagi kesemua bahagian peperiksaan TestDaf, maka anda dikira layak untuk melanjutkan pengajian dalam semua bidang dan kursus ditawarkan di institusi pengajian tinggi Jerman.

Peperiksaan bahasa TestDaF ini juga diiktiraf di serata dunia sebagai bukti kemahiran bahasa Jerman bagi keterlibatan projek sains dan kerjaya bidang akademik.

Pengetahuan bidang khusus tidak diperlukan bagi TestDaf

Tarikh peperiksaan TestDaf ditetapkan secara berpusat oleh TestDaf-Institut. 

Tempat kekosongan bagi calon menduduki peperiksaan bergantung kepada pendaftaran. Harap maklum sekiranya tiada kekosongan setelah melewati tempoh pendaftaran.
​​​​​

Terdapat di serata dunia

Anda boleh menduduki peperiksaan TestDaf di pusat ujian berlesen. Ketika ini terdapat sekitar 450 buah pusat ujian yang menawarkan peperiksaan TestDaf. Di sini anda boleh mencari pusat ujian di Jerman dan di seluruh dunia.
 

Persediaan

Bahan latihan

Di sini anda boleh dapati bahan latihan bagi persediaan ujian TestDaf untuk modul pendengaran, bacaan, penulisan dan lisan.

Maklumat lanjut

Di sini anda boleh dapati maklumat lanjut tentang syarat-syarat, kandungan ujian dan maklumat lanjut tentang TestDaf.