Goethe-Zertifikat C1
Goethe-Zertifikat C1 ialah peperiksaan bahasa Jerman untuk dewasa. Peperiksaan ini mengesahkan keupayaan penggunaan bahasa peringkat lanjutan dan tergolong sebagai peringkat kelima (C1) daripada enam skala kemahiran berpandukan Kerangka Rujukan Kesepakatan Eropah untuk Bahasa (CEFR).
Dengan lulus ujian ini, menunjukkan bahawa anda ...
- boleh memahami pelbagai jenis teks yang lebih panjang dan juga boleh mengenali makna tersirat;
- boleh mengekspresikan diri secara spontan dan lancar tanpa berulang kali mencari perkataan;
- boleh menggunakan bahasa dengan berkesan dan fleksibel dalam konteks kehidupan sosial dan profesional atau juga dalam latihan dan pengajian;
- boleh mengekspresikan diri dengan jelas, tersusun dan terperinci mengenai isu kompleks.
![]() |
*) Harga potongan yang dipaparkan hanya layak sekiranya anda telah mengikuti kursus bahasa Jerman di Goethe-Institut, pada kadar masa tidak melebihi enam bulan. Tempoh masa enam bulan meliputi masa tamat kursus dan juga peperiksaan bahasa Jerman. Harga berubah secara automatik ketika proses tempahan. Sekiranya gagal, sila hubungi pejabat bahasa.