Goethe-Zertifikat B2
Goethe-Zertifikat B2 ialah ujian bahasa Jerman untuk remaja dan dewasa. Ujian ini mengesahkan keupayaan penggunaan bahasa peringkat lanjutan dan tergolong sebagai peringkat keempat (B2) daripada enam skala kemahiran berpandukan Kerangka Rujukan Kesepakatan Eropah untuk Bahasa (CEFR).
Dengan lulus ujian ini, menunjukkan bahawa anda ...
- boleh memahami kandungan utama teks yang kompleks mengenai topik yang konkrit dan abstrak dan boleh memahami perbincangan teknikal dalam bidang kepakaran tersendiri;
- boleh berkomunikasi secara spontan dan lancar sehingga perbualan biasa dengan penutur asli mudah dilaksanakan tanpa kesukaran besar bagi kedua-dua belah pihak;
- boleh mengekspresikan diri anda dengan jelas dan terperinci mengenai pelbagai subjek, menerangkan sudut pandangan tentang isu topikal dan juga menyatakan tentang kelebihan dan kekurangan bagi pelbagai pilihan.
![]() |
*) Harga potongan yang dipaparkan hanya layak sekiranya anda telah mengikuti kursus bahasa Jerman di Goethe-Institut, pada kadar masa tidak melebihi enam bulan. Tempoh masa enam bulan meliputi masa tamat kursus dan juga peperiksaan bahasa Jerman. Harga berubah secara automatik ketika proses tempahan. Sekiranya gagal, sila hubungi pejabat bahasa.