Goethe-Zertifikat A1: Fit in Deutsch 1

Seorang remaja lelaki dan perempuan dengan riangnya menuruni tangga. Foto: Getty Images/Echo

Anda mahu…

  • peperiksaan bahasa Jerman untuk kanak-kanak dan remaja berumur dari 10 hingga 16 tahun,
  • mengesahkan kemahiran asas bahasa Jerman,
  • mengesahkan kejayaan pembelajaran tahap A1,
  • mendapatkan sijil yang sah dan diperakui antarabangsa?

Goethe-Zertifikat A1: Fit in Deutsch 1 ialah peperiksaan bahasa Jerman untuk kanak-kanak dan remaja berumur dari 10 hingga 16 tahun. Peperiksaan ini mengesahkan tahap asas pengetahuan bahasa dan tergolong sebagai peringkat pertama (A1) daripada enam skala kemahiran berpandukan Kerangka Rujukan Kesepakatan Eropah untuk Bahasa (CEFR)

Dengan lulus ujian ini, menunjukkan bahawa anda,

  • boleh bertanya dan menjawab soalan ringkas, bahkan boleh memohon sesuatu dan memberikan reaksi balas;
  • boleh menulis tentang diri sendiri dan orang lain dengan menggunakan frasa dan ayat ringkas;
  • boleh memahami perbualan dan teks ringkas berkaitan perkara-perkara lazim.

 

*) Harga potongan yang dipaparkan hanya layak sekiranya anda telah mengikuti kursus bahasa Jerman di Goethe-Institut, pada kadar masa tidak melebihi enam bulan. Tempoh masa enam bulan meliputi masa tamat kursus dan juga peperiksaan bahasa Jerman. Harga berubah secara automatik ketika proses tempahan. Sekiranya gagal, sila hubungi pejabat bahasa.

Persediaan

Bahan-bahan latihan

Di sini anda boleh dapati model soalan peperiksaan dan latihan secara online dan juga interaktif.

Maklumat lanjut

Syarat-syarat, kandungan peperiksaan dan maklumat lanjut tentang peperiksaan Goethe-Zertifikat A1: Fit in Deutsch 1 boleh didapati di sini: