Maklumat lanjut

Kembali ke Goethe-Zertifikat B1

Serlahkan Potensi! Modul peperiksaan

Goethe-Zertifikat B1 terdiri daripada modul bacaan, pendengaran, penulisan dan lisan (ujian lisan diadakan secara berpasangan). Peperiksaan ini dijalankan dan dinilai secara seragam di seluruh dunia.
Keempat-empat modul dalam peperiksaan boleh diambil secara berasingan atau kombinasi. Keputusan tunggal bagi keempat-empat modul ialah keputusan keseluruhan.

Peperiksaan ini telah dibangunkan secara bersama oleh pihak Goethe-Institut, Universiti Freiburg/Switzerland dan juga Österreichischen Sprachdiplom Deutsch (ÖSD) dan ditawarkan di serata dunia dengan dikenali dengan nama Goethe-Zertifikat B1 atau juga dikenali sebagai ÖSD-Zertifikat B1.
 

Modul bacaan

Anda membaca kandungan blog, emel, keratan akhbar, iklan dan juga kenyataan bertulis. Anda boleh memahami maklumat utama, butiran penting begitu juga pegangan dan pandangan bagi sesuatu topik.

Tempoh: 65 minit

Modul penulisan

Anda menulis e-mel atau surat secara peribadi dan juga rasmi dan anda menyatakan pandangan secara bertulis dalam komentar bagi forum.

Tempoh: 60 minit

Modul pendengaran

Anda mendengar pengumuman, pembentangan pendek, perbualan tidak rasmi dan juga bual bicara di radio. Anda boleh memahami maklumat utama dan butiran penting.

Tempoh: 40 minit

Modul lisan

Anda bercakap dengan rakan ujian lisan anda tentang tema harian sebagai contoh kembara. Untuk itu anda harus menyatakan pendapat anda dan memberi cadangan. Anda memberikan pembentangan tentang topik berkenaan kehidupan seharian dan menjawab soalan mengenainya.

Tempoh: sekitar 15 minit

Syarat-syarat

Goethe-Zertifikat B1 ialah peperiksaan bahasa Jerman untuk remaja dan dewasa.

Peperiksaan bahasa Jerman Goethe-Institut ini terbuka untuk sesiapa yang berminat mendudukinya tanpa harus mencapai had umur minimum selain tidak perlu memiliki kerakyatan Jerman.
  • Umur yang disyorkan bagi menduduki Goethe-Zertifikat B1 untuk Remaja bermula 12 tahun.
  • Umur yang disyorkan bagi menduduki Goethe-Zertifikat B1 untuk Dewasa bermula 16 tahun.
  • Goethe-Zertifikat B1 memerlukan calon memiliki tahap kemahiran bahasa pada skala ketiga (B1) sebagaimana menurut​​​​​​​ Kerangka Rujukan Kesepakatan Eropah untuk Bahasa (CEFR).
  • Bagi mencapai tahap ini calon perlu mempunyai pengetahuan dan syarat pembelajaran sekitar - 350 hingga 650 unit pembelajaran, yang mana setiap satu unit adalah selama 45 minit.