Maklumat lanjut

Kembali ke Goethe-Zertifikat B2

Satu demi satu: Modul-modul peperiksaan

Goethe-Zertifikat B2 terdiri daripada bahagian seperti modul bacaan, pendengaran, penulisan dan lisan (ujian lisan secara berpasangan).
Peperiksaan ditawarkan secara bertulis atau secara digital di pusat-pusat peperiksaan terpilih. Ujian dijalankan dan dinilai secara seragam di seluruh dunia.
 

Modul bacaan

Anda membaca pelbagai jenis teks seperti siaran forum, artikel daripada akhbar dan majalah, ulasan dan peraturan. Anda boleh mencerap maklumat penting, butiran penting, serta sudut pandangan, pendapat dan juga peraturan.

Tempoh: 65 minit

Modul penulisan

Anda menyatakan dan memberikan justifikasi pendapat anda secara bertulis dalam siaran forum mengenai topik sosial semasa. Anda juga menulis mesej rasmi dalam konteks profesional.

Tempoh: 75 minit

Modul pendengaran

Anda mendengar temu bual, pembentangan, perbualan dan kenyataan tentang kehidupan seharian bahkan juga dari radio. Anda boleh mencerap perkara utama dan butiran penting.

Tempoh: sekitar 40 minit

Modul lisan

Anda memberikan pembentangan ringkas mengenai topik tertentu dan berbicara mengenainya dengan pasangan ujian lisan anda. Anda juga bertukar-tukar hujah dalam perbincangan tersebut.

Tempoh: 15 minit

Syarat-syarat

Goethe-Zertifikat B2 ialah peperiksaan bahasa Jerman untuk remaja dan dewasa.

Peperiksaan bahasa Jerman Goethe-Institut ini terbuka untuk sesiapa yang berminat mendudukinya tanpa harus mencapai had umur minimum selain tidak perlu memiliki kerakyatan Jerman.
  • Umur yang disyorkan bagi menduduki Goethe-Zertifikat B2 untuk Remaja bermula 15 tahun.
  • Umur yang disyorkan bagi menduduki Goethe-Zertifikat B2 untuk Dewasa bermula 16 tahun.
  • Goethe-Zertifikat B1 memerlukan calon memiliki tahap kemahiran bahasa pada skala (B2) sebagaimana menurut​​​​​​​ Kerangka Rujukan Kesepakatan Eropah untuk Bahasa (CEFR).
  • Bagi mencapai tahap ini calon perlu mempunyai pengetahuan dan syarat pembelajaran sekitar – 600 hingga 800 unit pembelajaran, yang mana setiap satu unit adalah selama 45 minit.