Maklumat lanjut

Kembali ke Goethe-Zertifikat C1

Satu demi satu: Modul-modul peperiksaan

Goethe-Zertifikat C1 terdiri daripada bahagian-bahagian peperiksaan seperti modul bacaan, pendengaran, penulisan dan lisan (ujian lisan secara berpasangan).

Die Prüfung wird an ausgewählten Prüfungszentren digital und papierbasiert angeboten. Sie wird weltweit nach einheitlichen Standards durchgeführt und bewertet.
 

Modul bacaan

Sie lesen verschiedene Texte wie (Online-) Artikel und Beiträge aus Zeitungen und Zeitschriften. Sie können Hauptaussagen, Einzelinformationen sowie Standpunkte erfassen.

Tempoh: 65 minit

Modul penulisan

Anda menyatakan dan mewajarkan pendapat anda secara bertulis dalam siaran forum mengenai isu sosial semasa dan menulis mesej rasmi. Anda mengubah nada, gaya dan laras bahasa supaya ia sesuai untuk tujuan dan khalayak sasaran masing-masing.

Tempoh: 75 minit

Modul pendengaran

Anda akan mendengar podcast, temu bual, perbincangan dan syarahan. Anda boleh merekodkan kenyataan, maklumat individu dan pendapat tentang pelbagai topik.

Tempoh: lebih kurang 40 minit

Modul lisan

Anda akan memberikan pembentangan ringkas mengenai topik yang kompleks dan berbicara mengenainya dengan rakan anda. Selain itu anda berdua juga membincangkan topik yang kontroversi.

Tempoh: 20 minit

Syarat-syarat

Goethe-Zertifikat C1 ialah peperiksaan bahasa Jerman untuk dewasa.

Peperiksaan bahasa Jerman Goethe-Institut ini terbuka untuk sesiapa yang berminat mendudukinya tanpa harus mencapai had umur minimum selain tidak perlu memiliki kerakyatan Jerman.
  • Umur yang disyorkan bagi menduduki Goethe-Zertifikat C1 bermula 16 tahun.
  • Kelulusan bagi peperiksaan Goethe-Zertifikat C1 memerlukan calon memiliki tahap kemahiran bahasa (C1) sebagaimana menurut Kerangka Rujukan Kesepakatan Eropah untuk Bahasa (GER).
  • Bagi mencapai tahap ini calon perlu mempunyai pengetahuan dan syarat pembelajaran sekitar - 800 hingga 1000 unit pembelajaran, yang mana setiap satu unit adalah selama 45 minit.