Maklumat lanjut

Kembali ke Goethe-Zertifikat A1: Fit in Deutsch 1

Langkah yang tepat : Bahagian peperiksaan

Goethe-Zertifikat A1: Fit in Deutsch 1 terdiri daripada bahagian peperiksaan seperti modul bacaan, pendengaran, penulisan dan lisan (ujian lisan secara berkumpulan).
Peperiksaan dijalankan dan dinilai secara seragam di seluruh dunia.
 

Modul bacaan

Anda membaca sebagai contoh notis pendek, iklan pendek, butiran peribadi, surat ringkas atau juga keratan pendek akhbar dan anda menyelesaikan tugasan.

Tempoh: 20 minit

Modul penulisan

Anda menulis jawapan balas untuk e-mel, surat, makluman atau seumpamanya.

Tempoh : 20 minit

Modul pendengaran

Anda mendengar perbualan pendek, maklumat perbualan telefon, maklumat di radio atau seumpamanya dan menyelesaikan pelbagai tugasan yang diberikan.

Tempoh: sekitar 20 minit

Modul lisan

Anda memperkenalkan diri, menyoal dan menjawab soalan-soalan berkaitan topik lazim seharian. Selain itu anda juga memohon sesuatu dan memberikan reaksi balas terhadap rakan ujian lisan anda.

Tempoh: 15 minit

Syarat-syarat

Goethe-Zertifikat A1: Fit in Deutsch 1 ialah peperiksaan bahasa Jerman untuk kanak-kanak dan dewasa berumur antara 10-16 tahun.
 
Peperiksaan bahasa Jerman Goethe-Institut ini terbuka kepada sesiapa saja yang berminat untuk mendudukinya tanpa harus mencapai had umur minimum selain juga tidak perlu memiliki kerakyatan Jerman.
  • Umur minimum 10 tahun disyorkan bagi menduduki Goethe-Zertifikat A1: Fit in Deutsch1
  • Goethe-Zertifikat A1: Fit in Deutsch 1 memerlukan calon memiliki kemahiran bahasa skala pertama (A1) menurut​​​​​​​ Kerangka Rujukan Kesepakatan Eropah untuk Bahasa (CEFR).
  • Bagi mencapai tahap ini calon perlu mempunyai pengetahuan dan syarat pembelajaran sekitar - 80 hingga 200 unit pembelajaran, yang mana setiap satu unit selama 45 minit.