Maklumat lanjut
Kembali ke Goethe-Zertifikat A2
Tidaklah begitu sukar: Bahagian peperiksaan
Goethe-Zertifikat A2 terdiri daripada bahagian peperiksaan iaitu modul bacaan, pendengaran, penulisan dan lisan. Peperiksaan dijalankan dan dinilai secara seragam di seluruh dunia.
Modul bacaan
Anda membaca teks seperti artikel pendek akhbar, e-mel, iklan serta makluman umum di papan kenyataan dan anda menyelesaikan tugasan.
Tempoh: sekitar 30 minit
Modul penulisan
Anda menulis mesej yang berkaitan dengan persekitaran hidup terdekat anda.
Tempoh: sekitar 30 minit
Modul pendengaran
Anda mendengar perbualan harian, pengumuman dan temubual radio, maklumat perbualan telefon dan makluman umum dan menyelesaikan tugasan.
Tempoh: sekitar 30 minit
Modul lisan
Anda bertanya dan menjawab soalan tentang diri anda, anda memberitahu sesuatu tentang kehidupan anda sendiri dan anda bersetuju atau merancang sesuatu bersama rakan perbualan anda.
Tempoh: 15 minit
Syarat-syarat
Goethe-Zertifikat A2 ialah peperiksaan bahasa Jerman untuk dewasa.Peperiksaan bahasa Jerman Goethe-Institut ini terbuka untuk sesiapa yang berminat mendudukinya tanpa harus mencapai had umur minimum selain tidak perlu memiliki kerakyatan Jerman.
- Umur yang disyorkan bagi menduduki Goethe-Zertifikat A2 adalah bermula 16 tahun.
- Goethe-Zertifikat A2 memerlukan calon memiliki tahap kemahiran bahasa pada skala kedua (A2) sebagaimana menurut Kerangka Rujukan Kesepakatan Eropah untuk Bahasa (CEFR).
- Bagi mencapai tahap ini calon perlu mempunyai pengetahuan dan syarat pembelajaran sekitar - 200 hingga 350 unit pembelajaran, yang mana setiap satu unit adalah selama 45 minit.