Bahasa Jerman untuk syarikat di Malaysia

  • Kualiti terbaik
  • Direka khas menurut keperluan anda
  • Solusi setempat
  • Kami sedia ada untuk anda

Junger Mann sitzt mit einem Laptop vor einem Firmengebäude Foto: Getty Images Foto: Getty Images

Pekerja anda adalah aset anda? Adakah syarikat anda akan menjadi lebih berdaya saing dan lebih menguntungkan, sekiranya pekerja anda menguasai bahasa Jerman? Sekarang adalah masanya untuk melabur dalam latihan mereka.

Yakinilah kami sebagai peneraju pasaran global bagi bahasa Jerman. Manfaatkan kepakaran kami, serta pengalaman kami selama 60 tahun di Malaysia untuk syarikat anda.
Kami bersedia menawarkan kursus bahasa Jerman yang disesuaikan bagi anda, dan juga latihan melibatkan antarabudaya.

Kursus kami

Firmenkurse Foto: Getty Images

Kursus bahasa Jerman di pejabat

Tawarkan peluang kepada pekerja anda untuk mengembangkan kemahiran bahasa Jerman mereka. Kaedah pembelajaran moden dan sokongan individu kami memastikan pembelajaran menyeronokkan, dan peserta kursus kekal bermotivasi tinggi sambil mempercepatkan kejayaan pembelajaran.
  • Tahap
    Semua tahap

  • Mula
    Bila-bila masa

  • Tempoh
    Selama mana yang anda perlukan

  • Ujian penilaian secara dalam talian yang mengandungi penilaian yang profesional, penilaian keperluan dan cadangan bagi kursus yang sesuai
  • Fleksibel, pendekatan pengajaran yang kontemporari dengan tahap tertinggi
  • Bimbingan berterusan secara individu oleh guru yang berkelayakan bagi pembelajaran bahasa Jerman
  • Maklum balas yang kerap berkaitan kemajuan pembelajaran bagi peserta syarikat anda

Drei Frauen vor Laptop © Getty Images

Kursus bahasa Jerman dalam talian untuk syarikat

Kursus kumpulan dalam talian kami menggunakan situasi kehidupan sebenar untuk menyediakan konteks yang tulen untuk mempelajari bahasa Jerman.
  • Tahap
    Semua tahap

  • Mula
    Bila-bila masa

  • Tempoh
    Selama mana yang anda perlukan

Matlamat program ini adalah untuk membangunkan dan/atau menambah baik kemahiran penting berikut yang diperlukan untuk berkomunikasi: mendengar dan memahami bacaan, ungkapan lisan dan bertulis, perbendaharaan kata dan tatabahasa.

Kandungan kursus:
  • latihan yang anda selesaikan sendiri mengikut kadar anda sendiri dan
  • latihan di mana anda bekerjasama dengan peserta kursus lain dalam kumpulan anda.
  • Sesi kelas maya dengan guru anda untuk membincangkan latihan dan mengamalkan kemahiran komunikasi.
Ketika kursus berlangsung, anda akan dibimbing oleh guru yang memberikan maklum balas secara kerap kepada anda tentang kemajuan pembelajaran anda dan juga latihan tugasan tambahan, bagi menyokong proses pembelajaran anda.
Anda mahu menilai kemahiran bahasa Jerman dalam kalangan pemohon dan pekerja anda? Sila gunakan penilaian kami bagi memenuhi tujuan tersebut. ​​​​​​​Kami berbesar hati untuk memberikan khidmat nasihat kepada anda, serta merangka kursus bersifat individu untuk syarikat dan pekerja anda.

Pertanyaan lanjut? Hubungi kami.

Ada pertanyaan? Isnin-Jumaat 10 pagi-4 petang

Ikuti kami