Maklumat lanjut

Kembali ke Goethe-Zertifikat C2: GDS

Serlahkan Potensi! Modul peperiksaan

Goethe-Zertifikat C2: Großes Deutsches Sprachdiplom terdiri daripada modul bacaan, pendengaran, penulisan dan juga lisan (ujian lisan diadakan secara individu).
Peperiksaan ini dijalankan dan dinilai secara seragam di seluruh dunia.
 
Soalan yang berkait elemen sastera seperti yang terdapat di dalam Modul Penulisan dibangunkan secara bersama dengan pihak Universiti Ludwig-Maximilians Munich.
 
Keempat-empat modul dalam peperiksaan boleh diambil secara berasingan atau kombinasi. Keputusan tunggal bagi keempat-empat modul meliputi keputusan keseluruan.
Modul bacaan, pendengaran, penulisan dan lisan dinilai di pusat peperiksaan.
​​​​​​​  

Modul bacaan

Anda membaca teks berupa fakta, komentar, laporan dan iklan dan dikehendaki tugasan yang berbeza. Anda boleh memahami teks dengan mudah, walaupun ia bersifat abstrak atau kandungan serta aspek bahasanya kompleks selain memahami maksud tersirat dalam teks.

Tempoh: 80 minit

Modul penulisan

Anda merumuskan semula bahagian pembentangan ringkas dan menggunakan topik umum atau berkaitan kesusasteraan untuk menulis teks yang tersusun dengan baik dan sesuai dari segi gaya sebagai surat kepada editor atau ulasan buku. Terdapat dua tema umum dan satu tema untuk setiap satu daripada dua buah buku dalam bibliografi untuk anda pilih. Anda menyelesaikan salah satu daripada empat topik yang disediakan.

Tempoh: 80 minit

Modul pendengaran

Anda mendengar laporan dan berita daripada media, perbualan tidak formal dan temu bual pakar pada kadar tempo perbualan normal dan menyelesaikan tugas yang berbeza.

Tempoh: sekitar 35 minit

Modul lisan

Anda memberikan pembentangan mengenai topik yang lebih kompleks, contohnya isu globalisasi, di mana anda menerangkan hujah anda dengan cara yang berbeza bila ditanya. Dalam perbualan tentang kelebihan dan keburukan, anda membincangkan topik lain dengan menyatakan pendapat anda sendiri, bertindak balas terhadap hujah balas dan cuba meyakinkan orang dengan hujah anda.

Tempoh: sekitar 15 minit

Syarat-syarat

Goethe-Zertifikat C2: Großes Deutsches Sprachdiplom ialah peperiksaan bahasa Jerman untuk dewasa.
 
Peperiksaan bahasa Jerman Goethe-Institut ini terbuka untuk sesiapa yang berminat mendudukinya tanpa harus mencapai had umur minimum selain tidak perlu memiliki kerakyatan Jerman.
  • Umur yang disyorkan bagi menduduki Goethe-Zertifikat C2: Großes Deutsches Sprachdiplom bermula dari 18 tahun.
  • Goethe-Zertifikat C2: Großes Deutsches Sprachdiplom memerlukan calon memiliki tahap kemahiran bahasa pada skala keenam (C2) sebagaimana menurut​​​​​​​ Kerangka Rujukan Kesepakatan Eropah untuk Bahasa (CEFR).
  • Bagi mencapai tahap ini calon perlu mempunyai pengetahuan dan syarat pembelajaran, sekurang-kurangnya 1000 unit pembelajaran, yang mana setiap satu unit adalah selama 45 minit.
​​​​​​​