Maklumat lanjut
Kembali ke TestDaF
Langkah demi langkah: Bahagian peperiksaan
TestDaF ialah sebuah peperiksaan seragam, dijalankan secara berpusat dan dinilai berdasarkan empat bahagoan peperiksaan. Kemahiran bahasa anda akan dinilai secara berasingan meliputi bacaan, pendengaran, penulisan dan lisan. Keputusan TestDaF dikategorikan menurut 3 skala penarafan iaitu (TDN) 3, 4 dan 5.
Kefahaman bacaan
- Anda akan membaca teks pendek bagi perkara berkait tentang kehidupan harian di universiti, seperti katalog kursus, kalendar aturcara atau risalah dan anda memutuskan teks manakah yang bersesuaian dan tepat.
- Anda membaca teks akhbar (panjang sekitar 450–550 perkataan) tentang hal ehwal berkait soal sains atau sosio politik dan kemudiannya menjawab soalan berdasarkan format pilihan pelbagai jawapan.
- Anda menghasilkan teks saintifik (sekitar 550-650 patah perkataan) daripada akhbar bidang atau universiti dan memutuskan sama ada pernyataan mengenainya itu betul atau tidak, atau sama ada teks itu tidak memberikan sebarang maklumat mengenainya.
Kefahaman pendengaran
- Anda mendengar dialog pendek tentang kehidupan seharian di universiti, contohnya perbualan antara dua pelajar, dan pada masa yang sama membuat nota mengenai soalan.
- Anda mengikuti sebuah temubual atau perbincangan tentang kajian berkaitan atau topik saintifik umum dan pada masa yang sama memutuskan sama ada pernyataan tentang teks yang didengar tersebut betul atau salah.
- Anda mendengar pembentangan atau wawancara pakar lalu memberikan jawapan ringkas kepada soalan utama dalam teks.
Ekspresi penulisan
- Anda mendapat topik dan menulis teks yang koheren dan berstruktur berdasarkan soalan utama dan data statistik.
- Anda mengulas dan memberikan hujah tentang topik ini.
Ekspresi lisan (berkomputer)
- Anda mengerjakan tujuh tugasan, yang mana anda meletakkan diri anda dalam situasi komunikasi yang berbeza di universiti Jerman.
- Anda mengumpul maklumat, menerangkan grafik dan merumuskan kandungan. Anda menyatakan pendapat dan berhujah, mengambil pendirian, memberi nasihat, menimbang alternatif dan membentuk hipotesis.
Syarat-syarat
TestDaF ialah sebuah peperiksaan yang menentukan tahap penguasaan bahasa bagi tujuan kemasukan ke universiti Jerman. Syarat ini terpakai ke atas para pelajar serta mereka yang berminat, selain juga sebagai satu bukti kemahiran bahasa Jerman yang diiktiraf di peringkat antarabangsa bagi projek sains dan profesi akademik.- Sekurang-kurangnya mencapai tahap B2
- 700 hingga 1,000 unit pembelajaran, 45 minit per unit, bergantung kepada pengetahuan sedia ada dan syarat pembelajaran (tidak perlu bukti)
Penilaian
Pada bahagian peperiksaan bagi modul bacaan dan pendengaran anda mendapat satu markah bagi setiap jawapan yang betul (contohnya betul/salah bagi jawapan pelbagai pilihan). Penentu bagi penilaian tahap ini adalah bergantung kepada jumlah bilangan jawapan yang betul. Sementara bagi penilaian penulisan dan lisan, kedua-duanya dinilai oleh pemeriksa terlatih serta berpengalaman. Penilaian dan klasifikasi tahap adalah berdasarkan kepada kriteria. Sila dapatkan maklumat lanjut di www.testdaf.de. Anda boleh mengulangi peperiksaan ini sekerap yang anda mahu.Daftarlah peperiksaan TestDaf segera!
Sekiranya kemahiran bahasa Jerman anda mencukupi, daftarlah untuk peperiksaan TestDaF! Kami sarankan supaya anda terlebih dahulu membiasakan diri dengan format TestDaF - sebaiknya mengikuti kursus persediaan peperiksaan yang ditawarkan oleh Goethe-Institut atau pusat lain. Kursus ini mempersiapkan anda untuk TestDaf.
Anda boleh mengambil peperiksaan TestDaf di seluruh dunia pada enam slot peperiksaan yang telah ditetapkan setiap tahun. Daftarlah di www.testdaf.de Untuk negara China terdapat slot peperiksaan yang istimewa, untuk pendaftaran sila rujuk, Lembaga Peperiksaan Kebangsaan.
Bagi calon kelainan upaya haruslah memaklumkan kepada pusat peperiksaan secara lebih awal dan disertakan bukti sokongan. Pelaksanaan peperiksaan akan dijalankan sewajarnya dengan mengambil kira keperluan khas calon.